Saturday, 17 November 2012



Terdapat beberapa bahagian di dalam Muzium Negara iaitu seperti yang berikut ;
  1. Galeri A - Menyimpan artifak Sejarah Awal
  2. Galeri B - Menyimpan artifak kerajaan-kerajaan Melayu
  3. Galeri C - Menyimpan artifak era penjajahan/kolonial
  4. Galeri D - Menyimpan bahan bersejarah era Malaysia kini.
 Cikgu akan memaparkan gambar-gambar mengikut galeri di atas, untuk melihat lebih banyak gambar, murid-murid bolehlah melwat ke laman web rasmi Muzium Negara.

GALERI A 
(SEJARAH AWAL)


GALERI B
(KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU)


GALERI C
(ERA KOLONIAL PENJAJAH)

GALERI D
(BAHAN BERSEJARAH MALAYSIA MASA KINI)



 



Dalam ruangan ini, cikgu akan memaparkan gambar-gambar menarik sekitar Muzium Negara dan juga bahan-bahan yang terdapat di dalamnya. Kesemua paparan ini boleh diakses melalui laman sesawang pencarian google image.

GAMBAR SEKITAR MUZIUM NEGARA







Murid-murid tentu pernah mendengar tentang Muzium Negara. Mari kita cuba menjawab soalan-soalan yang berikut :
  1.  Di manakah terletaknya Muzium Negara?
  2. Siapakah yang membina Muzium Negara?
  3. Apakah yang terdapat di dalam Muzium Negara?
  4. Bolehkah kita melawat ke Muzium Negara?
  5. Berapakah bayaran yang dikenakan jika ingin memasuki Muzium Negara?
Untuk menjawab kesemua soalan di atas, mari kita mengenal pasti terlebih dahulu apakah itu Muzium Negara....

MUZIUM NEGARA
Idea penubuhan Muzium Negara telah dicetuskan oleh Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj Perdana Menteri Malaysia Pertama (Tanah Melayu ketika itu). 
Kerja pembangunannya telah dimulakan pada tahun 1959 dan siap sepenuhnya pada 31hb Ogos 1963. Upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh ke Bawah DYMM Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail Yang di Pertuan Agong Ketiga. 
Senibina Muzium ini telah menggabungkan rekabentuk Istana Melayu tradisional dan dihiasi dengan motif Melayu. Dinding hadapannya turut dihiasi dengan dua buah mural yang diperbuat daripada kaca mozek Itali yang memaparkan rentetan sejarah dan kebudayaan Melayu. 
Pengurusan Muzium Negara kini dikendalikan oleh Jabatan Muzium Malaysia di bawah portfolio Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. 
Muzium Negara merupakan muzium termasyhur di Malaysia dan salah sebuah yang terulung di Asia Tenggara. Seni bina muzium ini berasaskan seni bina Istana Raja-raja Melayu dan mempunyai empat buah galeri utama.

Hari dan Masa Lawatan

Dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi - 6.00 petang. Tutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
 

Bayaran Masuk

• Tiket berharga RM2.00 dan boleh diperolehi di kaunter tiket.
• Masuk adalah percuma bagi kanak-kanak berumur dibawah 12 tahun dan pelajar berpakaian uniform sekolah.
 

Lawatan Berpandu

Lawatan berpandu percuma selama satu jam diberi oleh sukarelawan Muzium berdasarkan jadual. Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu untuk kumpulan & rombongan sekolah.
 
Sila hubungi 03-2267 1000 samb. 321 / 317 (Isnin-Jumaat, 8.00pagi-5.00ptg) untuk sebarang pertanyaan atau emel kepada prmuziumnegara@jmm.gov.my.

Tempat-tempat Menarik Berhampiran

  1. Taman Tasik yang lengkap dengan kemudahan rekreasi
  2. Planetarium
  3. Muzium Kesenian Islam
  4. Stesen KL Sentral
  5. Taman Burung
  6. Memorial Tun Razak
  7. Muzium Polis Diraja Malaysia
  8. Taman Orkid




Di dalam tema 6 , terdapat beberapa topik pelajaran yang akan kita bincangkan. Cikgu akan mengelaskan tajuk, bahagian tatabahasa dan juga bahagian penulisan yang bakal kita pelajari dalam tema 6 ini.
Dalam tema ini, terdapat tajuk-tajuk mengikut buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 SK. Tajuk-tajuk tersebut adalah seperti yang berikut :

  1. Melawat ke Muzium Negara
  2. Tun Syed Nasir
  3. Rendang Daging
Selain itu, aspek tatabahasa juga tidak ketinggalan dalam perkongisan ilmu kita. Aspek tatabahasa yang akan kita kupaskan adalah seperti yang berikut :

  1.  Kata Bantu
  2. Kata Penguat
  3. Kata Sapaan
  4. Kata Seru

Manakala bagi bahagian penulisan karangan, kita akan mempelajari karangan jenis biografi. 

"MARILAH BERSAMA-SAMA CIKGU UNTUK BELAJAR DEMI KEMAJUAN SENDIRI"



Murid-murid, selamat datang ke lama ilmu cikgu. Di sini cikgu akan berkongsikan salah satu tem yang tedapat di dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4.
Mari kita melihat secara keseluruhan tema yang terdapat di dalam sukatan Bahasa Malaysia Tahun 4. Tema-tema tersebut ada 14 kesemuanya. Tema-tema itu adalah seperti yang berikut ;



  1. Tema 1: Keluargaku Sayangku.
  2. Tema 2: Keluargaku Berwawasan.
  3. Tema 3: Sekolahku Berjasa.
  4. Tema 4: Minggu Kokurikulum.
  5. Tema 5: Sentiasa Berhemat Kita Selamat.
  6. Tema 6: Hargai Warisan Kita.
  7. Tema 7: Pengalaman Indah.
  8. Tema 8: Rakyat Cergas Negara Maju.
  9. Tema 9: Hasil Tani Meningkatkan Ekonomi.
  10. Tema 10: Yang Baik Jadikan Teladan.
  11. Tema 11: Lestari Alam.
  12. Tema 12: Keajaiban Alam.
  13. Tema 13: Era Sains dan Teknologi.
  14. Tema 14: Wawasan Kita.

Jika murid-murid ada melihat blog Cikgu Nisa, beliau memilih tema yang ke-7 iaitu Pengalaman Indah. Dalam blog cikgu pula, kita kan melihat secara terperinci akan tema yang lain iaitu Tema  5 : Sentiasa Berhemat Kita Selamat.



Dalam kesempatan ini, saya akan menjelaskan serba sedikit tentang isi kandungan laman blog ini. laman blog ini akan memaparkan tentang salah satu tema dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4.
Dalam laman ilmu ini, kita saya akan mendedahkan beberapa isu iaitu seperti yang berikut :

  1. Huraian sukatan dan tema yang terdapat dalam pelajaran Bahasa Malaysia tahun 4.
  2. Huraian isi kandungan tema yang dipilih.
  3. Tip-tip menjawab soalan.
  4. Bahagian muat turun dan sebagainya.
Saya berharap blog ini akan memberikan kebaikan kepada semua yang melayarinya. Sekian.



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya ialah Rosyati Bte Mohd. Noh.

    Text Widget

    Unordered List