Kata Bantu

a. Dalam tulisan, kata bantu akan tidak buleh dipendekkan menjadi kan dan ditulis serangkai dengan tak.

    Azira yakin bahawa ayah takkan sanggup mengabaikan dia dan ibunya
    Azira yakin bahawa ayah tidak akan sanggup mengabaikan dia dan ibunya


b. Kata bantu sedang dan perkataan tengah menerangkan bahawa sesuatu perbuatan itu terus berlangsung
    dan belum selesai dilakukan. Walau bagaimanapun dalam tulisan, tengah tidak boleh menggantikan
    penggunaan sedang secara sewenang-wenangnya dalam sesuatu ayat;

    Mariam tengah sibuk mengemaskan biliknya
    Mariam sedang sibuk mengemaskan biliknya


c. Kata bantu boleh dan dapat tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya. Kata bantu boleh lebih
    sesuai digunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keizinan. Manakala dapat pula lebih sesuai digunakan
    untuk maksud yang berkaitan dengan keupayaan;

    Dahlia tidak boleh menerima kenyataan yang menimpa keluarganya
    Dahlia tidak dapat menerima kenyataan yang menimpa keluarganya


d. Kata bantu hendak tidak boleh digunakan dalam ayat tanya;

    “Hendakkah kamu mengikut kami ke tempat perkelahan itu?” tanya Zali
    “Mahukah kamu mengikut kami ke tempat perkelahan itu?” tanya Zali


e. Hanya kata bantu mahu boleh digunakan dalam ayat nafi yang mempunyai perkataan tidak atau belum;

    Kalau boleh, Ros tidak hendak melihat mukanya lagi
    Kalau boleh, Ros tidak mahu melihat mukanya lagi


f.  Bentuk lemah atau pemendekkan kata bantu hendak, mahu atau sudah, iaitu nak, mau atau dah tidak
    boleh digunakan dalam bahasa tulisan;

    Kami sekeluarga dah lama tinggal di sini
    Kami sekeluarga sudah lama tinggal di sini


g. Kata bantu sudah dan telah tidak boleh menggantikan antara satu sama lain secara sewenang-wenangnya
    tetapi mestilah bersesuaian dengan konteks ayat.

    Roslan telah ada di tempat kerjanya
    Roslan sudah ada di tempat kerjanya

0 comments:

Post a Comment

    Text Widget

    Unordered List