Saturday, 17 November 2012



Murid-murid tentu pernah mendengar tentang Muzium Negara. Mari kita cuba menjawab soalan-soalan yang berikut :
  1.  Di manakah terletaknya Muzium Negara?
  2. Siapakah yang membina Muzium Negara?
  3. Apakah yang terdapat di dalam Muzium Negara?
  4. Bolehkah kita melawat ke Muzium Negara?
  5. Berapakah bayaran yang dikenakan jika ingin memasuki Muzium Negara?
Untuk menjawab kesemua soalan di atas, mari kita mengenal pasti terlebih dahulu apakah itu Muzium Negara....

MUZIUM NEGARA
Idea penubuhan Muzium Negara telah dicetuskan oleh Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj Perdana Menteri Malaysia Pertama (Tanah Melayu ketika itu). 
Kerja pembangunannya telah dimulakan pada tahun 1959 dan siap sepenuhnya pada 31hb Ogos 1963. Upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh ke Bawah DYMM Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail Yang di Pertuan Agong Ketiga. 
Senibina Muzium ini telah menggabungkan rekabentuk Istana Melayu tradisional dan dihiasi dengan motif Melayu. Dinding hadapannya turut dihiasi dengan dua buah mural yang diperbuat daripada kaca mozek Itali yang memaparkan rentetan sejarah dan kebudayaan Melayu. 
Pengurusan Muzium Negara kini dikendalikan oleh Jabatan Muzium Malaysia di bawah portfolio Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. 
Muzium Negara merupakan muzium termasyhur di Malaysia dan salah sebuah yang terulung di Asia Tenggara. Seni bina muzium ini berasaskan seni bina Istana Raja-raja Melayu dan mempunyai empat buah galeri utama.

Hari dan Masa Lawatan

Dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi - 6.00 petang. Tutup pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
 

Bayaran Masuk

• Tiket berharga RM2.00 dan boleh diperolehi di kaunter tiket.
• Masuk adalah percuma bagi kanak-kanak berumur dibawah 12 tahun dan pelajar berpakaian uniform sekolah.
 

Lawatan Berpandu

Lawatan berpandu percuma selama satu jam diberi oleh sukarelawan Muzium berdasarkan jadual. Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu untuk kumpulan & rombongan sekolah.
 
Sila hubungi 03-2267 1000 samb. 321 / 317 (Isnin-Jumaat, 8.00pagi-5.00ptg) untuk sebarang pertanyaan atau emel kepada prmuziumnegara@jmm.gov.my.

Tempat-tempat Menarik Berhampiran

  1. Taman Tasik yang lengkap dengan kemudahan rekreasi
  2. Planetarium
  3. Muzium Kesenian Islam
  4. Stesen KL Sentral
  5. Taman Burung
  6. Memorial Tun Razak
  7. Muzium Polis Diraja Malaysia
  8. Taman Orkid



1 comment:

  1. "Selamat siang Bos 😃
    Mohon maaf mengganggu bos ,

    apa kabar nih bos kami dari Agen365
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Silahkan di add contact kami ya bos :)

    Line : agen365
    WA : +85587781483
    Wechat : agen365


    terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

    ReplyDelete

    Text Widget

    Unordered List